PANGLIMA TENTERA LAUT KE-6


Allahyarham Laksamana Madya Dato’ Mohd Zain bin Mohd Salleh


1 JANUARI 1977 - 31 JANUARI 1986


PGAT SPMS SPMJ DPTS DPMP DIMP DPMJ DSAP DSSA JMN CVO PPA PPM jssc

 

BIODATA PERIBADI

    Nama
    :
    Allahyarham Laksamana Madya Dato’ Mohd Zain bin Mohd Salleh
    Asal
    :
    Chemor, Perak
    Tarikh Lahir
    :
    9 Julai 1935
    Pendidikan Awal
    :
    Sekolah Melayu Chemor dan Sekolah Tinggi Andersons, Ipoh
    Tarikh Mula Berkhidmat
    :
    1 Jan 1956
    Tarikh Tauliah
    :
    19 Disember 1958
    Gelaran
    :
    George Zain
         
         
         
         
         

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

LATAR BELAKANG

Allahyarham Laksdya Dato’ Mohd Zain bin Mohd Salleh dilahirkan pada 9 Julai 1935 dan berasal dari Chemor, Perak. Beliau mula berkhidmat dengan Royal Malayan Navy pada tahun 1956 dan telah dihantar ke Britannia Royal Naval College (BRNC) sebagai Pegawai Kadet Tentera Laut Malaya. Semasa di BRNC, nama beliau sukar diingati oleh orang- orang British, justeru rakan-rakan dan jurulatih memberikan beliau nama gelaran sebagai 'George'’. Kebanyakan anggota TLDM masa itu gemar memanggil beliau George Zain.

Kenaikan pangkat yang pantas dan perjawatan staf turus kanan yang dijawatnya membolehkan beliau mengikuti kursus staf yang lebih berprestij di HMS DRYAD dan di Joint Service Staff College Latimer, United Kingdom. .

Pada 1 Januari 1977, Zain mengambilalih tugas sebagai Ketua Turus Tentera Laut daripada Dato' K. Thanabalasingam. Selaras dengan perkembangan pesat TLDM, jawatan ini kemudian ditukarkan kepada Panglima Tentera Laut. Zain merupakan anak Malaysia yang pertama berpangkat Laksamana Muda.

Beliau bersara pada 1 Mac 1986. Namun, Jasa Dato' Zain dalam melakar hala tuju dan membentuk TLDM selama 9 tahun akan tetap dikenang. Bagi menghargai sumbangan beliau, kerajaan Malaysia telah melantik beliau memegang jawatan Diplomat Kanan iaitu Duta Kehormat Malaysia di New Zealand.

 

KRONOLOGI PERKHIDMATAN

  • 1958
  • Menyandang pangkat Leftenan Muda Pegawai Panduarah KD MAHAMERU

  • 1961
  • 1 September 1961 - Dinaikkan pangkat Leftenan TLDM dan diperjawatkan sebagai Pegawai Memerintah KD SRI NEGRI SEMBILAN
    Pegawai Memerintah KD SRI TRENGGANU

  • 1966
  • Apr 1966 - Dinaikkan ke pangkat Lt Kdr dan diperjawatkan sebagai Pegawai Memerintah KD TAHAN
    Pegawai Laksana KD RAHMAT

  • 1969
  • 1 Ogos 1969 - Dinaikkan ke pangkat Komander dan diperjawatkan sebagai Pegawai Memerintah KD HANG TUAH

  • 1971
  • 1 Febuari 1971 - Dinaikkan ke pangkat Kepten TLDM dan dilantik sebagai Timbalan kepada Ketua Turus Tentera Laut

  • 1974
  • 12 Feb 1974 - Dinaikkan ke pangkat Laksamana Pertama sebagai Timbalan Ketua Turus Tentera Laut

  • 1977
  • 1 Januari 1977 - Mengambilalih tugas sebagai Ketua Turus Tentera Laut dengan pangkat Laksamana Muda

  • 1981
  • 1 Jan 1981 - Dinaikkan ke pangkat Laksaman Madya dan memegang jawatan Panglima Tentera Laut

  • 1986
  • 1 Mac 1986 - Bersara dari TLDM

 

 

PENCAPAIAN

ALAMAT
PUSMAS
RMN Sea Power Centre,
Jalan Sultan Yahya Petra,
50634 KUALA LUMPUR

HUBUNGI KAMI
03-22027260
03-22027260
rmnspc@navy.mil.my
MEDIA SOSIAL
#pusmastldm
#tldm
#15to5
PENYATAAN

Paparan terbaik: Internet Explorer 8 / Mozilla Firefox 11 / Google Chrome 18 dengan resolusi 1024 x 768 piksel

PENGUNJUNG
free Hit Counters
QR Code

2018 © Hakcipta Terpelihara. PUSMAS TLDM.