PANGLIMA TENTERA LAUT KE-7


Laksamana Madya Tan Sri Abdul Wahab bin Hj Nawi


1 FEBRUARI 1986 – 31 OKTOBER 1990


PGAT PSM SPMS SPTS DPMJ DSSA JMN KMN SMJ PPA rcds psc

 

BIODATA PERIBADI

    Nama
    :
    Laksamana Madya Tan Sri Abdul Wahab bin Hj Nawi
    Asal
    :
    Johor
    Tarikh Lahir
    :
    Pendidikan Awal
    :
    Tarikh Mula Berkhidmat
    :
    Jan 1959
    Tarikh Tauliah
    :
    1 Mei 1963
         
         
         
         
         

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

LATAR BELAKANG

Tan Sri Abdul Wahab, anak Johor, memasuki TLDM pada Januari 1959 bersama dua rakan seperjuangan yang lain, Arisfadzillah dan K. rasaretnam. Pengambilan beliau merupakan satu kumpulan yang kecil jika dibandingkan dengan yang lain dan merupakan pengambilan pegawai ke-4 selepas Charles Thong Yin Sin.

Seperti pegawai lain sebelumnya, beliau dihantar ke BRNC Dartmouth untuk mengikuti latihan asas. Setelah empat tahun di sana, beliau telah ditauliahkan sebagai Lt Muda pada 1 Mei 1963. Pengalaman pertama beliau dalam TLDM adalah sebagai Pegawai Laksana KD SRI KELANTAN yang baru sahaja ditauliahkan untuk belayar dari Portsmouth ke Malaysia. Kapal tersebut ketika itu berada di bawah pemerintahan Lt K. Thanabalasingam (tidak ramai yang tahu bahawa mereka berdua berkepakaran Torpedo Anti Kapal Selam dan kedua-duanya menjadi Panglima TLDM). Mereka telah belayar balik ke Malaysia bersama KD SRI TERENGGANU yang diperintah oleh Lt Mohd Zain Salleh. Pada masa itu, pemilihan untuk diperjawatkan di kapal baru yang akan belayar pulang ke tanahair biasanya akan menjadi rebutan ramai dan dianggap suatu pengiktirafan awal terhadap keistimewaan seseorang dalam bidang panduarah samudera.

Di samping memegang jawatan pegawai staf di KEMENTAH dan Pegawai Wakil Tentera Laut Kuching, jawatan sebagai Pegawai Memerintah KD KELEWANG dan KD HANG TUAH merupakan antara jawatan pemerintah awalnya. Beliau telah dipilih menjadi Timbalan kepada Laksamana Madya Datuk Mohd Zain setelah mendahului banyak pegawai yang lebih kanan daripadanya untuk ke peringkat tertinggi tersebut. Apabila Laksamana Madya Datuk Mohd Zain Salleh bersara pada 31 Januari 1986. Tan Sri Wahab mengambil alih tampuk pemerintahan sebagai Panglima Tentera Laut yang baru iaitu Panglima TLDM yang ke-3. Beliau memegang jawatan tersebut selama 5 tahun dan bersara pada tahun 1990.

 

KRONOLOGI PERKHIDMATAN

  • 1963
  • 1 Mei 1963 - Menyandang pangkat Leftenan Muda - Pegawai Laksana KD SRI KELANTAN
    - Pegawai Staf di KEMENTAH
    - Pegawai Wakil Tentera Laut Kuching
    - Pegawai Memerintah KD KELEWANG
    - Pegawai Memerintah KD HANG TUAH
    - Timbalan Panglima Tentera Laut
    - Panglima Tentera Laut

  • 1990
  • Bersara dari TLDM

 

 

PENCAPAIAN

ALAMAT
PUSMAS
RMN Sea Power Centre,
Jalan Sultan Yahya Petra,
50634 KUALA LUMPUR

HUBUNGI KAMI
03-22027260
03-22027260
rmnspc@navy.mil.my
MEDIA SOSIAL
#pusmastldm
#tldm
#15to5
PENYATAAN

Paparan terbaik: Internet Explorer 8 / Mozilla Firefox 11 / Google Chrome 18 dengan resolusi 1024 x 768 piksel

PENGUNJUNG
free Hit Counters
QR Code

2018 © Hakcipta Terpelihara. PUSMAS TLDM.