EmailPrint

Event

PELANCARAN KD BADEK
Title:
PELANCARAN KD BADEK
Date:
Sun, 8. May 2016 23.59
Category:
Hari Ini Dalam Sejarah
Created by
Super User

Description

8 Mei 1966 

85hids1

         Pada hari ini dalam tahun 1966, kapal KD BADEK telah dilancarkan di Portsmouth, England. KD BADEK merupakan kapal peronda daripada Skuadron Kapal Peronda Ke-14 yang telah ditempah pada 1965 dan diserahkan kepada TLDM pada penghujung tahun 1966. Kapal ini dibina oleh syarikat perkapalan dari England, iaitu Vosper Ltd. Kapal ini telah ditauliahkan pada 15 Disember 1966 dan ditempatkan di Tanjung Gelang, Pahang. Antara kapal lain dalam kelas yang sama dengan KD BADEK  adalah KD KRIS, KD SUNDANG, KD TOMBAK, KD PANAH, KD BELADAU, KD KELEWANG dan KD SRI SARAWAK.

85hids2

            Kapal ini secara signifikannya dibeli selepas berlakunya peristiwa Konfrantasi Malaysia-Indonesia pada tahun 1963 hingga 1966. Ia bertujuan menguatkan pertahanan maritim dan menjaga kedaulatan negara. KD BADEK dilengkapi dengan meriam Bofors 40/70mm dan General Purpose Machine Gun (GPMG) 7.62mm. Memiliki dua buah jentera utama jenis MTU MD 655/18, ia boleh mencapai kelajuan sehingga 27 knot. KD BADEK telah dilucutkan tauliah pada 1 Ogos 2005 dan diserahkan kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) pada 27 Jun 2006.

Export ICS
Emel
pusmas@navy.mil.my
Tel
+603-31694416
Alamat
Pangkalan TLDM Pulau Indah, Bandar Armada Putra, Pelabuhan Klang
Copyright © 2007 - 2017 PUSMAS TLDM