PANGLIMA TENTERA LAUT KE-6
ALLAHYARHAM LAKSAMANA MADYA DATO’ MOHD ZAIN BIN MOHD SALLEH (BERSARA)
PGAT SPMS SPMJ DPTS DPMP DIMP DPMJ DSAP DSSA JMN CVO PPA PPM jssc
1 Januari 1977 – 31 Januari 1986
BIODATA PERIBADI
Nama : Allahyarham Laksamana Madya Dato’ Mohd Zain bin Mohd Salleh (Bersara) PGAT SPMS SPMJ DPTS DPMP DIMP DPMJ DSAP DSSA JMN CVO PPA PPM jssc
Asal : Chemor, Perak
Tarikh Lahir : 9 Julai 1935
Pendidikan Awal : Sekolah Melayu Chemor dan Sekolah Tinggi Andersons, Ipoh
Tarikh Mula Berkhidmat : 1 Jan 1956
Tarikh Tauliah : 19 Disember 1958
Gelaran : George Zain
INFO LANJUT
Allahyarham Laksamana Madya Dato’ Mohd Zain bin Mohd Salleh dilahirkan pada 9 Julai 1935, berasal dari Chemor, Perak dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Chemor sebelum meneruskan persekolahan di Sekolah Tinggi Anderson, Ipoh. Beliau menerajui TLDM pada 1 Januari 1977 dan menjadi anak Malaysia pertama yang dinaikkan ke pangkat Laksamana Madya pada 1981.