Image
PANGKALAN TLDM TG GELANG

INFORMASI

VISI

Menjadi sebuah formasi pilihan yang berkualiti.

 

MISI

Mengoptimumkan pengoperasian aset bagi menjamin kedaulatan dan melindungi kepentingan maritim wilayah.

 

MOTO 

Beretika, Bersatu dan Berkualiti.

SEJARAH AWAL

Pergolakan politik di Indo-China telah mendorong Kerajaan Malaysia untuk mewujudkan sebuah Pangkalan TLDM di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Lanjutan itu, kerajaan telah meluluskan pembinaan sebuah pangkalan TLDM di pantai Timur Semenanjung Malaysia iaitu di Tanjung Gelang, Kuantan pada awal 1970. Kajian awal pembinaan telah dijalankan pada 1973 dan kerja-kerja membina dermaga dimulakan pada 1975 iaitu serentak dengan pembinaan Pelabuhan Kuantan yang baru.
 
Sebelum berpindah ke Tanjung Gelang dari Woodlands pada 1 Januari 1981, Markas Wilayah Laut 1 (MAWILLA 1) telah dikenali dengan nama lain seperti Markas Captain KD MALAYA, Naval Office-in-Charge West Malaysia (NOIC WM) dan Naval Force West Malaysia.
 
Pangkalan TLDM Tg Gelang telah dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta’in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al Mu’adzam Shah pada 28 Oktober 1985.
© 2020. RMN SPC. All Rights Reserved.

Search