Image
PANGKALAN TLDM PULAU LANGKAWI

INFORMASI

VISI

Markas wilayah yang unggul.


MISI

Melindungi kedaulatan dan kepentingan Wilayah Laut 3.


MOTO

Tangkas Menang

 

SEJARAH AWAL

Penubuhan Pangkalan TLDM Langkawi adalah untuk memperkukuhkan pertahanan Perairan Barat Semenanjung Malaysia (Selat Melaka) daripada sebarang ancaman yang mampu menggugat kedaulatan dan keselamatan perairan negara. 
 
Projek penubuhan pangkalan ini telah mula dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Ke-8 bermula pada 2000 sehingga 2005.
 
Pangkalan ini telah beroperasi sejak April 2006 dengan Perjawatan Tim Nukleus terdiri daripada 5 pegawai dan 16 orang anggota lain-lain pangkat.
 
Pembinaan pangkalan ini selesai dan beroperasi sepenuhnya pada 1 April 2007.
 
Pangkalan TLDM Langkawi terdiri daripada Markas Wilayah Laut 3, KD SULTAN BADLISHAH dan Depot Logisitik Wilayah 3.
© 2020. RMN SPC. All Rights Reserved.

Search