Image

MT BUNGA LAUREL

Image

Senjata milik lanun yang berjaya ditumpaskan

Image

Lt Kdr Jason a/l Solomon TLDM - Juruterbang Helikopter Fennec

Image

Kru MT Bunga Laurel keluar dari tempat persembunyian

20 Januari 2011 - Op FAJAR 8 telah berjaya mengekang cubaan rampasan lanun ke atas kapal Merchant Tanker (MT) Bunga Laurel di perairan Teluk Aden. MT Bunga Laurel ditawan oleh sekumpulan tujuh lanun Somalia yang bersenjatakan AK-47 dan pistol di kedudukan kira-kira 270 batu nautika Timur Oman. Kapal membawa muatan bahan kimia jenis ethylene dichloride (EDC) dari Teluk Aden ke Singapura.
 
Kapal Auksilari TLDM Bunga Mas 5 yang berada 12 batu nautika dari MT Bunga Laurel menerima panggilan kecemasan pada jam 7.25 petang. Leftenan Komander Mohd. Maznan Mohd Said TLDM sebagai Ketua Gugus Tugas telah mengaktifkan operasi menyelamat pada jam 8.00 malam. 
 
Dua buah bot laju dengan 14 anggota PASKAL yang diketuai Leftenan Noor Asri Roslan TLDM telah diaturgerak dari MT Bunga Mas 5. Helikopter Fennec yang dikemudi oleh Leftenan Jason a/l Solomon John TLDM turut diaturgerak bagi tujuan pemantauan dan bantuan tembakan dari udara.
 
Tembakan dari helikopter telah berjaya menghalang ketibaan bot bantuan kumpulan lanun dari kapal induk mereka. Tim PASKAL telah melancarkan operasi menggempur ke atas kapal tersebut. Selepas berbalas-balas tembakan, akhirnya lanun menyerah diri. Operasi menyelamat selesai jam 10.00 malam. Kesemua lanun berjaya ditahan dan 23 anak kapal MT Bunga Laurel diselamatkan.
© 2020. RMN SPC. All Rights Reserved.

Search