Image

MT Bunga Melati 5 - Kapal tangki kimia MISC

Image

MT Bunga Melati 2 - Kapal tangki kimia MISC

Image

Peluru RPG yang ditinggalkan oleh lanun di atas MT Bunga Melati 2

Image

Keadaan di anjungan kapal MT Bunga Melati 5 selepas diceroboh lanun

27 Ogos 2008 - Op FAJAR dilancarkan susulan kejadian rampasan kapal milik Malaysia International Shipping Corporation Berhad (MISC) oleh kumpulan lanun bersenjata di Perairan Teluk Aden.  Misi operasi ini adalah membebaskan kru dan kapal-kapal MISC.
 
Pada 19 Ogos 2008 dan 29 Ogos 2008, dua buah kapal MISC, iaitu MT Bunga Melati 2 dan MT Bunga Melati 5 telah ditawan oleh lanun.  Kapten kapal MT Bunga Melati 2 ialah Kapten Romulo G. Buhayang bersama-sama 39 kru, manakala MT Bunga Melati 5 diketuai Kapten Maheswaran Muniandy bersama-sama 41 kru.
 
Operasi ini diketuai oleh Laksamana Pertama Dato’ Abdul Ghani bin Othman yang bertindak sebagai Ketua Gugus Tugas (KGT).  KD LEKIU di bawah pemerintahan Komander Zahari bin Jamian TLDM dan KD SRI INDERAPURA di bawah pemerintahan Kepten Ganesh a/l Navaratnam TLDM telah diaturgerak ke perairan Teluk Aden pada 27 Ogos 2008.  
 
Kedua-dua kapal berjaya dibebaskan selepas melalui proses perundingan yang panjang dan rumit dengan pihak lanun di Somalia. MT Bunga Melati 2 telah dibebaskan pada 27 September 2008, sementara MT Bunga Melati 5 pada 29 September 2008. Seorang kru MT Bunga Melati 2, iaitu Jayson Dumagat telah meninggal dunia akibat terkena tembakan semasa rampasan kapal.
 
Misi operasi ini telah berjaya disempurnakan pada 2 Oktober 2008.
 
Op FAJAR kemudiannya diteruskan dengan misi mengiringi kapal-kapal berkepentingan negara yang merentasi perairan Teluk Aden.
© 2020. RMN SPC. All Rights Reserved.

Search