Image

KD SRI SELANGOR

Image

KD SRI SELANGOR di jeti Telok Air Basin 25 Julai 1964

Image

Anggota KD SRI SELANGOR Bersedia Menghadapi Sebarang Ancaman Serangan

24 Julai 1964 - KD SRl SELANGOR yang sedang membuat rondaan di perairan Selat Singapura telah diserang oleh sekumpulan anggota tentera Indonesia, berhampiran Pulau St. John, kira-kira lima batu nautika dari Singapura.
 
KD SRI SELANGOR telah mengesan sebuah bot yang lengkap bersenjata berada hanya 15 ela darinya pada jam 9.30 malam, sedang melakukan pergerakan agresif. Kru bot terdiri daripada lima anggota Kor Komando Operasi (KKO) TNI-AL. 
 
Pegawai Memerintah kapal, Leftenan P.K. Nettur TLDM, telah memerintahkan semua anggotanya bersiap sedia dan mengarahkan supaya bot tersebut menyerah diri.  Namun arahan itu tidak diendahkan malahan mereka mula melepaskan tembakan.
 
Laskar Kelas 1 (ABEM) Abdul Samad telah menyuluh menggunakan lampu (Search Light) ke arah bot KKO. Suluhan lampu itu telah menyebabkan ia menjadi sasaran tembakan anggota KKO, hingga terkena tubuh ABEM Abdul Samad. Turut tercedera terkena tembakan adalah Pegawai Kadet Kanan Musa bin Jabar dan Laskar Kanan (LRRG) Kweh Onn Cheong.  
 
Lt. Nettur memerintahkan kru kapal membalas tembakan di mana kesemua lima anggota KKO telah terbunuh.
© 2020. RMN SPC. All Rights Reserved.

Search