This image for Image Layouts addon


PANGLIMA TENTERA LAUT KE-9
LAKSAMANA MADYA TAN SRI DATO’ SERI AHMAD RAMLI BIN HJ MOHD NOR (BERSARA)

PGAT PSAT SPTS SIMP DPTS PAT JMN PPA PPM ncs psc


13 Oktober 1995 - 14 Oktober 1998

BIODATA PERIBADI

Nama : Laksamana Madya Tan Sri Ahmad Ramli Bin Hj Mohd Nor (Bersara) PGAT PSAT SPTS SIMP DPTS PAT JMN PPA PPM ncs psc

Asal : Air Tawar, Perak

Tarikh Lahir : 14 Jan 1944

Tarikh Mula Berkhidmat : 1 Mei 1964

Tarikh Tauliah : 1 Mei 1966

INFO LANJUT

LATAR BELAKANG
Laksamana Madya Tan Sri Dato’ Seri Ahmad Ramli bin Hj Mohd Nor memasuki TLDM di bawah skim Tauliah Jangka Pendek dan menjalani latihan Pegawai Kadet di  Britannia Royal Naval College (BRNC), Dartmouth, United Kingdom sebelum ditauliahkan pada 1 Mei 1967 sebagai Lt Muda.
 
Pada 1 Januari 1979, beliau dinaikkan ke pangkat Komander TLDM dan diperjawatkan ke KD PELANDOK. Pada tahun 1982, beliau dinaikkan ke pangkat Kepten TLDM untuk memegang jawatan Ketua Staf Rancang dan Pembangunan di Bahagian Staf Tentera Laut, KEMENTAH.
 
Pada November 1986, beliau diperjawatkan sebagai Pegawai Memerintah KD KASTURI dan seterusnya dinaikkan ke pangkat Laksamana Pertama sebelum memegang jawatan Panglima Armada pada Julai 1987. Beliau menyandang pangkat Laksamana Muda pada Mac 1991.
 
Pada 19 Jun 1995, Laksamana Madya Dato’ Seri Ahmad Ramli diperjawatkan sebagai Timbalan PTL. Beliau dilantik sebagai PTL pada 13 Oktober 1995 dan bersara pada tahun 1998.
© 2020. RMN SPC. All Rights Reserved.

Search