This image for Image Layouts addon


PANGLIMA TENTERA LAUT KE-17
LAKSAMANA TAN SRI MOHD REZA
BIN MOHD SANY (BERSARA)

PGAT PSM PSD DPPN PSAT DPMS DPTS DSDK PMW PAT KAT KMN PJM PPS
PPA Nishan-e-Imtiaz (Military) (Pakistan) Officier De La Legion d’Honneur
(France) MSc DSS (NDU Islamabad) Dip PSP (UM) ncc psc


30 November 2018 – 26 Januari 2023

BIODATA PERIBADI

Nama: Laksamana Tan Sri Mohd Reza bin Mohd Sany (Bersara)

PGAT PSM PSD DPPN PSAT DPMS DPTS DSDK PMW PAT KAT KMN PJM PPS
 PPA Nishan-e-Imtiaz (Military) (Pakistan) Officier De La Legion d’Honneur (France) MSc DSS (NDU Islamabad) Dip PSP (UM) ncc psc

Asal: Kuala Lumpur

Tarikh Lahir: 13 Ogos 1963 

Tarikh Mula Berkhidmat:
01 Mei 1981

Tarikh Tauliah: 
01 Mei 1983

INFO LANJUT

LATAR BELAKANG
Laksamana Tan Sri Mohd Reza bin Mohd Sany telah mengambil alih tampuk pemerintahan TLDM sebagai PTL pada 30 Nov 2018. Beliau dilahirkan pada tanggal 13 Ogos 1963 di Kuala Lumpur. Beliau mula menyertai TLDM pada 1 Mei 1981 selepas menamatkan pengajian di Maktab Tentera Diraja, Sungai Besi. Sepanjang hampir 42 tahun berkhidmat, beliau telah menyandang beberapa jawatan penting di dalam TLDM dan juga ATM serta turut menggalas tugas sebagai Juruiring Tentera kepada Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Ke-14 mulai 14 Disember 2011 hingga 22 Januari 2017.

Laksamana Tan Sri Mohd Reza pernah diperjawatkan sebagai Pegawai Memerintah KD LEKIU, Komandan PUSTAKMAR, Pengarah Pengurusan Keupayaan dan Asisten Ketua Staf Sumber Manusia di Markas Tentera Laut serta sebagai Panglima Wilayah Laut 1. Beliau juga telah dilantik sebagai Panglima Angkatan Bersama pada 13 November 2017 sebelum peningkatan jawatan sebagai Timbalan Panglima Tentera Laut pada 13 Julai 2018.

Beliau seterusnya diberikan kepercayaan untuk menerajui tampuk kepimpinan TLDM selaku Panglima Tentera Laut Ke-17pada 30 November 2018. Sebaik mengambil alih tampuk pemerintahan, Laksamana Tan Sri Mohd Reza telah menekankan empat teras utama halatuju kepimpinan TLDM iaitu keutamaan kepada kesiagaan armada, pembangunan armada sesuai perancangan Program Transformasi TLDM 15to5, meningkatkan integrasi sokongan kepada aspek kebersamaan (jointness) dan menyediakan modal insan terbaik.

Laksamana Tan Sri Mohd Reza telah menghadiri pelbagai kursus profesional dan ketenteraan di dalam dan luar negara. Antaranya International Long Gunnery di INS Dronacharya, India, Kursus Staf di Maktab Turus Angkatan Tentera, Kuala Lumpur, Naval Command Course di United States Naval War College, Rhode Island, Amerika Syarikat, Kursus Pengurusan Krisis Antarabangsa di Institute of Diplomacy and Foreign Relations (IDFR), Kuala Lumpur, Pacific Command Amphibious Leaders Symposium di Seoul, Korea Selatan dan Senior International Defence Management Course di Naval Postgraduate School, Monterey, California, Amerika Syarikat. Beliau telah mendapat Ijazah Sarjana Sains Pengajian Strategik dan Pertahanan daripada National Defence University, Islamabad, Pakistan pada tahun 2009.

Laksamana Tan Sri Mohd Reza telah mendirikan rumahtangga bersama Puan Sri Dato’ Indera Maslina binti Ismail pada 21 Jun 1986. Pasangan ini telah dikurniakan lima orang putera. Sebagai seorang yang gemar menghayati keasyikan dan keindahan alam, Tan Sri Mohd Reza sangat meminati aktiviti luar seperti berburu, memancing dan aktiviti lasak.
© 2020. RMN SPC. All Rights Reserved.

Search