This image for Image Layouts addon


PANGLIMA TENTERA LAUT KE-5
Laksmana Muda Tan Sri Dato’ Seri K. Thanabalasingam (Bersara)

PGAT DPMT DSSA DIMP DSAP JMM SMJ KMN



12 Disember 1967 – 31 Disember 1976

BIODATA PERIBADI

Nama : Laksmana Muda Tan Sri Dato’ Seri K. Thanabalasingam (Bersara) PGAT DPMT DSSA DIMP DSAP JMM SMJ KMN

Asal : Kuala Lumpur

Tarikh Lahir : 12 Mac 1936

Pendidikan Awal : Batu Road English School dan Victoria Institution Kuala Lumpur


Tarikh Mula Berkhidmat : 15 Mei 1955

Tarikh Tauliah : 1 Mei 1958

Gelaran : Bob Thana

INFO LANJUT

LATAR BELAKANG
Laksamana Muda Tan Sri Dato’ Seri K. Thanabalasingam ialah anak tempatan Malaysia pertama dilantik sebagai Ketua Turus TLDM.  Mula berkhidmat dengan British Royal Malayan Navy pada Mei 1955 dan telah dihantar ke  Britannia Royal Naval College (BRNC), Dartmouth, United Kingdom. Beliau menamatkan pengajian pada awal 1958.  Setelah ditauliahkan sebagai Lt Muda pada 1 Mei 1958, beliau pulang ke Malaya pada Januari 1960 dan dilantik sebagai Pegawai Latihan kadet di Federal Military College, Port Dickson.
 
Pernah berkhidmat di KD SRI PAHANG, KD MAHAMERU, KD SRI KELANTAN (Pegawai Memerintah), KD HANG TUAH (Pegawai Laksana dan Pegawai Memerintah) dan Bahagian Staf Tentera Laut Kementerian Pertahanan.
 
Mengambil alih tugas Ketua Turus Tentera Laut pada 1 Disember 1967 dengan menyandang pangkat Laksamana Pertama. Beliau telah memegang jawatan sebagai Ketua Turus Tentera Laut selama 9 tahun dan bersara pada tahun 1976.
© 2020. RMN SPC. All Rights Reserved.

Search