Image
KD LAKSAMANA HANG NADIM

SPESIFIKASI

Nama Kapal

:

KD LAKSAMANA HANG 
NADIM

No. Penant

:

134

Tarikh Tauliah

:

28 Jul 97

Panjang

:

63.2 Meter

Lebar

:

9.3 Meter

Sesaran

:

705 Tan

Kemampuan Operasi Kapal

:

10 Hari

Misil Permukaan ke Permukaan

:

OTOMAT MK 2

Misil Permukaan ke Udara

:

ASPIDE

Torpedo Anti Kapal Selam 

:

White Head A244S

Meriam Utama

:

OTO MELARA 76/62 mm
SRGM

Meriam Sekunder

:

OTO BREDA 40/70 mm

Pelancar Chaff

:

OTO BREDA 105 mm

Jumlah Krew

:

 47 Orang

INFO LANJUT

SEJARAH AWAL
Dinamakan sempena tokoh tersohor Kerajaan Johor-Riau iaitu Laksamana Hang Nadim. 

Kapal jenis korvet yang asalnya dipesan oleh Tentera Laut Iraq dan dibina di Limbungan Fincantieri Marghera, Itali pada 1982. 

Penyerahan kapal ini disekat oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akibat Perang Teluk Pertama (Iran dan Iraq) pada 1990 menyebabkan kapal tersadai sehingga pihak limbungan membuat tawaran untuk menjualnya.

Kerajaan Malaysia bersetuju untuk membeli kapal pada Oktober 1995 dan memeterai dua kontrak iaitu kontrak pertama pada Julai 1996 dan kontrak kedua pada Februari 1997.

Dilancarkan pada 5 Julai 1983 dan ditauliahkan pada 28 Julai 1997 oleh Datin Sharifah Aziah binti Syed Zainal Abidin, isteri kepada Menteri Pertahanan ketika itu.

Diletakkan di bawah Skuadron Korvet Ke-24 dalam unit Flotila Serang.

Berjaya melaksanakan penembakan misil OTOMAT dengan sistem Tele-Guidance 2 (TG 2) pada 24 September 2008.
© 2020. RMN SPC. All Rights Reserved.

Search