PANGKALAN TLDM WOODLANDS

PINTU MASUK PANGKALAN WOODLAND

Image

HOSPITAL

Image

BANGUNAN REKRUT

Image

MASJID AL-EHSAN

Pangkalan TLDM Woodlands atau Berek TLDM Woodlands pada asalnya adalah bekas stesen ‘Wireless’ milik Royal Air Force Singapura. Bekas stesen ini dirasmikan sebagai Berek Malayan Naval Forces (MNF) pada 19 Nov 49. Tapak ini diambil alih oleh tentera laut untuk pembinaan dengan perbelanjaan pada waktu itu sebanyak  S$164,000.00. Pada awalnya, tempat ini terdiri daripada beberapa bangunan dan rumah stor yang dibina daripada kayu.Pada awal tahun 1950-an, anggota Malayan Naval Forces (MNF) telah berpindah dari HM TEST ke Berek Woodlands. HM TEST merupakan kapal yang dipinjamkan oleh kerajaan Singapura kepada MNF sebagai pusat latihan sementara. Setelah berlaku pemindahan, batu asas permulaan pemindahan telah diletakkan oleh Sir Franklin Gimson KCMG (Gabenor Singapura waktu itu) pada 19 Okt 51. Selesai pembangunan pada tahun 1953, ia dijadikn Pangkalan utama TLDM sehingga hujung tahun 1970-an.

Bermula dari tahun 1950 sehingga tahun 1958, pembangunan MNF diselenggara oleh kerajaan tempatan Singapura sebelum diambil alih oleh kerajaan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1958. Sejak itu, kerajaan Malaysia telah mengambil alih pentadbiran Berek MNF yang pada waktu itu hanya mempunyai berek rekrut, pejabat pentadbiran, bengkel-bengkel, rumah-rumah kelamin dan sebuah hospital. Pada akhir tahun 1979, beberapa unit MNF di Woodlands mula berpindah ke Lumut dengan didahului oleh KD PELANDOK dan lain-lain. Perpindahan berperingkat ini tamat pada awal tahun 1984.


Penutupan Pangkalan di Woodlands

Pangkalan ini menjadi pangkalan utama sehinggalah pangkalan Lumut ditubuhkan pada tahun 1982. Pada 1 Feb 84, pangkalan ini dikenali sebagai Berek TLDM. Selama 13 tahun Berek TLDM Woodlands berfungsi sebagai pusat latihan rekrut TLDM dan telah berjaya melahirkan seramai 110,002 rekrut terlatih. Kerajaan Malaysia telah membuat keputusan untuk menutup Berek TLDM secara beransur-ansur bermula bulan Ogos 97 dan berakhir pada penghujung tahun yang sama. Berek TLDM Woodlands ditutup sepenuhnya pada 31 Dis 97. Satu Majlis Penyerahan Semula Berek TLDM Woodlands diadakan pada 31 Dis 97 oleh kerajaan Malaysia kepada Singapura.
© 2020. RMN SPC. All Rights Reserved.

Search