HIDS

<<  June 17  >>
 Mo  Tu  We  Th  Fr  Sa  Su 
     1  2  3  4
  5  6  7  8  91011
12131415161718
19202122232425
2627282930  

SEJARAH AWAL

        Isu tuntutan Pulau Sipadan, Pulau Ligitan dan Pulau Batu Putih telah membuka mata dan menyedarkan TLDM bahawa sekadar mempunyai dan memiliki rekod serta maklumat sahaja tidak mencukupi dan memadai.  Berdasarkan kajian dan penyelidikan terhadap tuntutan mendapati, pencarian maklumat dan data di Arkib Negara Malaysia (ANM) sangat sukar dan maklumat yang diperolehi tidak lengkap.  Malah, proses pencarian maklumat memerlukan komitmen, usaha, masa, dan tenaga yang banyak.  Maklumat dan rekod berkenaan perlulah diuruskan dengan teliti supaya dapat digunakan sebagai bahan bukti yang sahih disisi undang-undang serta sebagai sumber rujukan bagi penyelidik dan generasi akan datang.  

       Pada 16 Jan 07, mantan AKS Sumber Manusia iaitu Laksamana Pertama Mohd Yusof bin Sahbudin telah mengambil inisiatif memajukan memo mengenai konsep cadangan mewujudkan Penubuhan Sel Warisan TLDM kepada Timbalan Panglima Tentera Laut dan Panglima Tentera Laut.  Sel Warisan berkenaan bertanggungjawab dalam menguruskan khazanah warisan TLDM. 

     

 Pelancaran PUSMAS TLDM oleh DYMM Sultan Selangor

        Pada awal tahun 2008, Pengarah Bahagian Rancang Mk TL iaitu Kepten Mohd Zahari bin Haji Jamian TLDM turut menyokong hasrat murni mantan AKS Sumber Manusia bagi TLDM menubuhkan Sel Warisan. Ia bertujuan untuk  menguruskan rekod dan maklumat yang bernilai penting dan bernilai sejarah.  Satu sesi percambahan minda telah diadakan bagi menubuhkan Tim Nukleus Arkib TLDM yang bertanggungjawab dalam melaksanakan kajian kebolehlaksanaan penubuhan Arkib TLDM.  Keputusan perbincangan telah dibentangkan kepada Timbalan Panglima Tentera Laut dan dipanjangkan kepada Panglima Tentera Laut.

 

Emel
pusmas@navy.mil.my
Tel
+603-31694416
Alamat
Pangkalan TLDM Pulau Indah, Bandar Armada Putra, Pelabuhan Klang
Copyright © 2007 - 2017 PUSMAS TLDM