SPESIFIKASI
Nama Kapal |
: |
KD LAKSAMANA TAN |
No. Penant |
: |
137 |
Tarikh Tauliah |
: |
31 Jul 99 |
Panjang |
: |
63.2 Meter |
Lebar |
: |
9.3 Meter |
Sesaran |
: |
705 Tan |
Kemampuan Operasi Kapal |
: |
10 Hari |
Misil Permukaan ke Permukaan |
: |
OTOMAT MK 2 |
Misil Permukaan ke Udara |
: |
ASPIDE |
Torpedo Anti Kapal Selam |
: |
White Head A244S |
Meriam Utama |
: |
OTO MELARA 76/62 mm |
Meriam Sekunder |
: |
OTO BREDA 40/70 mm |
Pelancar Chaff |
: |
OTO BREDA 105 mm |
Jumlah Krew |
: |
47 Orang |
INFO LANJUT
Dinamakan sempena tokoh tersohor Kesultanan Perak iaitu Laksamana Tan Pusmah.
Kapal jenis korvet yang asalnya dipesan oleh Tentera Laut Iraq dan dibina di Limbungan Fincantieri Marghera, Itali pada 1982.
Penyerahan kapal ini disekat oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akibat Perang Teluk Pertama (Iran dan Iraq) pada 1990 menyebabkan kapal tersadai sehingga pihak limbungan membuat tawaran untuk menjualnya.
Kerajaan Malaysia bersetuju untuk membeli kapal pada Oktober 1995 dan memeterai dua kontrak iaitu kontrak pertama pada Julai 1996 dan kontrak kedua pada Februari 1997.
Dilancarkan pada 30 Mac 1984 dan ditauliahkan pada 31 Julai 1999 oleh Yang Mulia Tunku Maziah binti Tunku Mustapha, isteri kepada Timbalan Menteri Pertahanan ketika itu.
Diletakkan di dalam Skuadron Korvet Ke-24 di bawah Flotila Serang.