Image
KD SRI SARAWAK

SPESIFIKASI

Nama Kapal

:

KD SRI SARAWAK

No. Penant

:

48

Tarikh Tauliah

:

19 Jan 24

Panjang

:

 31.4 Meter

Lebar

:

 6.0 Meter

Kelajuan

:

 22 Kts

Sesaran

:

 141.58 Tan

Enjin

:

 2 x MTU 16V 2000 M72

Janakuasa

:

 CUMMINS 6BT5.9Kw

Meriam

:

 Bofors 40/70mm

Jumlah Kru

:

 24 (3 Pegawai, 21 Anggota)

Kemampuan Operasi Kapal

:

 6 Hari

INFO LANJUT

KD SRI SARAWAK dahulunya dikenali sebagai KD PANAH telah ditauliahkan ke dalam perkhidmatan TLDM pada Nov 1966 di bawah skuadron kapal ronda. Sepanjang perkhidmatan, antara operasi yang telah disertai adalah Operasi Terumbu dan kawalan sempadan perairan negara termasuk konfrontasi Malaysia-Indonesia. Asalnya terdapat 24 buah PC Kelas ini dibina untuk TLDM oleh limbungan Vosper Limited di Portsmouth, England mulai tahun 1963 hingga 1968. Sebanyak 14 buah kapal dari kelas yang sama diletakkan di bawah skuadron ini. Sehingga kini, yang masih aktif dalam perkhidmatan adalah sebanyak 4 buah kapal iaitu KD SRI PERLIS, KD SRI JOHOR, KD SRI SABAH dan KD SRI SARAWAK.

Kapal telah dilucut tauliah daripada perkhidmatan TLDM pada 27 Jun 06 seterusnya diserahkan kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) semasa penubuhan awal agensi tersebut pada 2006 dan dikenali sebagai KM KUKUP. Setelah berkhidmat selama 15 tahun bersama APMM, KM KUKUP seterusnya diserahkan semula kepada TLDM pada 10 Jun 20.

PEMBINAAN, PENAMAAN DAN PELANCARAN

KD SRI SARAWAK telah menjalani Program Pasang Pulih di MSET Shipbuilding Corporation Sdn Bhd, Kuala Terengganu mulai 15 Mei 21. Pemberian nafas baharu ini adalah bagi mengisi kekosongan Armada bagi memenuhi keperluan operasi dan latihan. Pada 7 Dis 23, kapal telah diserahkan sepenuhnya kepada pihak TLDM setelah selesai pembaikan yang disaksikan oleh YBhg Laksamana Pertama Ts. Shaiful Bahri bin Baharuddin, Panglima Logistik Barat.
Sesi Penamaan dan pelancaran kapal telah disempurnakan oleh Datin Zamzelina binti Ahmad, isteri Timbalan Panglima Tentera Laut pada 19 Jan 24 di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang Kuantan.

PENTAULIAHAN

Pada 19 Jan 24, KD SRI SARAWAK telah di tauliahkan oleh YBhg Laksamana Tan Sri Abdul Rahman bin  Ayob, Panglima Tentera Laut di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang Kuantan. Pentauliahan kapal juga telah dihadiri oleh Jawatankuasa Laksamana. Majlis pentauliahan kapal telah dilaksanakan secara Low Key dan majlis tersebut telah berjalan dengan lancar.

© 2020. RMN SPC. All Rights Reserved.

Search