Image
KD KASTURI

SPESIFIKASI

Nama Kapal

:

KD KASTURI

No. Penant

:

25

Tarikh Tauliah

:

15 Ogos 84 

Panjang

:

97.1 Meter

Lebar

:

 11.3 Meter

Sesaran

:

2280 Tan

Kemampuan Operasi Kapal

:

15 Hari

Misil Permukaan ke Permukaan

:

Exocet MM 40 BK II

Meriam Utama

:

Bofors 57mm

Meriam Sekunder

:

30mm MSI

Jumlah Krew

:

124 Orang

INFO LANJUT

SEJARAH AWAL

Dinamakan sempena pahlawan ketiga daripada lima sahabat iaitu Hang Kasturi ketika Zaman Kesultanan Melayu Melaka pada kurun ke-15. 

Kapal perang jenis korvet moden ini dibina oleh Howaldtswerke Deutsche Werft (HDW) Shipyard, Jerman dan dilancarkan pada 14 Mei 1983 oleh Tunku Maziah binti Tunku Mustapha, isteri kepada Timbalan Menteri Pertahanan Malaysia. 

Ditauliahkan pada 15 Ogos 1984 dan diletakkan di dalam Skuadron Korvet Ke-22 di bawah Flotila Serang.

KD KASTURI pernah melaksanakan penembakan Misil Exocet MM40 Block II pada 2014 dan 2019.  Kapal juga pernah memenangi Anugerah Piala Agong dan Pingat Pujian Panglima Tentera Laut pada 2015, Anugerah Piala Gonzales pada 2018 dan 2019, Thales International - Lustrum Long Service Award, Anugerah Piala Panglima Tentera Laut dan Piala Kesiagaan Panglima Angkatan Tentera pada 2019.
© 2020. RMN SPC. All Rights Reserved.

Search