Image
KD MAHAWANGSA

SPESIFIKASI

Nama Kapal

:

KD MAHAWANGSA

No. Penant

:

1504

Tarikh Tauliah

:

16 Mei 83

Panjang

:

103 Meter

Lebar

:

15 Meter

Sesaran

:

4000 Tan

Kemampuan Operasi Kapal

:

75 Hari

Meriam Utama

:

Bofors 57mm dan
Oerlikon 20mm

Jumlah Krew

:

211 Orang

INFO LANJUT

SEJARAH AWAL
Dinamakan sempena pengasas Kerajaan Kedah Tua iaitu Merong Mahawangsa yang merupakan Raja Kedah yang Pertama.
 
Kapal ini dibina oleh Korea Tacoma Shipyard, Korea Selatan dan dilancarkan pada 16 September 1982.
 
Ditauliahkan pada 16 Mei 1983 dan diletakkan di dalam Skuadron Multi-Purpose Command and Support Ship (MPCSS) Ke-31.
 
KD MAHAWANGSA pernah terlibat di dalam misi bantuan kemanusiaan untuk pelarian di Somalia pada 1994, pelarian Afghanistan di Pakistan pada 2001, bantuan mangsa bencana tsunami di Acheh pada 2004, Operasi FAJAR dalam melindungi kapal-kapal Malaysian International Shipping Corporation (MISC) Berhad di Teluk Aden pada September 2008 dan menggagalkan cubaan merampas kapal tangki MT Nautica di perairan Johor pada 28 Oktober 2011.
© 2020. RMN SPC. All Rights Reserved.

Search