Image

Muzium Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terletak berhadapan Muzium Samudera (replika Kapal Flor De La Mar) di Melaka. Lokasi asal muzium ini adalah di Pangkalan TLDM Lumut. Muzium ini telah dipindahkan ke Melaka pada 28 Oktober 1995 bagi menarik lebih ramai pengunjung yang ingin mendapatkan maklumat tentang peranan dan sumbangan serta aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan oleh TLDM.  

Kapal "EX KD SRI TERENGGANU" diletakkan di muzium ini sebagai tarikan utama pengujung. Selain daripada itu, gambar-gambar Panglima Tentera Laut, pakaian seragam, peralatan-peralatan yang digunakan untuk pelayaran dan helikopter WASP juga menjadi pengisian Muzium TLDM ini.

© 2020. RMN SPC. All Rights Reserved.

Search