Image
KD HANG TUAH

SPESIFIKASI

Nama Kapal

:

KD HANG TUAH

No. Penant

:

76

Tarikh Tauliah

:

16 Mei 1977

Panjang

:

103.5 Meter

Lebar

:

12.02 Meter

Sesaran

:

 2300 Tan

Kemampuan Operasi Kapal

:

 -

Jumlah Krew

:

53 Orang

INFO LANJUT

SEJARAH AWAL
Dinamakan sempena pahlawan legenda Melayu di zaman Kesultanan Melayu Melaka abad ke-15 iaitu Laksamana Hang Tuah.

Kapal jenis frigat yang asalnya dibina untuk Tentera Laut Ghana dan dilancarkan dengan nama BLACKSTAR pada 29 Disember 1966 di Limbungan Yarrow Shipbuilder, Scotland.

Selepas Presiden Kwame Nkrumah digulingkan pada 1966, kerajaan Ghana telah membatalkan pesanan kapal tersebut kerana harganya terlalu mahal (£5 juta ketika itu). 

Tentera Laut British telah mengambil kapal pada 1972 dan mentauliahkannya sebagai HMS MERMAID pada 16 Mei 1973.
 
Ditugaskan di Far East ,Hong Kong kerana kelengkapan persenjataannya yang agak ringan, tidak sesuai beroperasi di rantau Eropah. 

Berperanan memindahkan rakyat British dari Saigon pada penghujung Perang Vietnam di awal 70an. 

Hanya berkhidmat selama 3 tahun dengan Tentera Laut Diraja British, sebelum dilucutkan tauliah untuk diserahkan kepada TLDM pada 16 Mei 1977.

Ditauliahkan dalam TLDM pada 22 Julai 1977 oleh Datin Badariah binti Abdullah, isteri Pesuruhjaya Tinggi di Malaysia di Southampton, England.

Diletakkan dalam Skuadron Frigat Ke-21 di bawah Flotila Latihan. 

Menyediakan pelbagai bentuk latihan praktikal yang memenuhi keperluan operasi TLDM.

Pemenang Piala Agong tahun 2000 dan 2007 serta Pemenang Piala Gonzales tahun 2008.

Dijadikan sebagai Kapal Muzium TLDM di Pangkalan TLDM Lumut bermula 21 November 2018.
© 2020. RMN SPC. All Rights Reserved.

Search