Image

Kapal Hai Hong Membawa Pelarian Vietnam - 1978

Image

PELARIAN Vietnam di Pulau Bidong

Image

Anggota TLDM membuat pemeriksaan bot

Image

Bot pelarian Vietnam

1975 - Op CABUT dilancarkan bagi menangani kemasukan pelarian Vietnam di perairan negara. Ia tercetus akibat kejatuhan kerajaan Demokratik Vietnam Selatan ke tangan kerajaan Komunis Vietnam Utara yang berpusat di Hanoi pada April 1975. 


Misi utama operasi adalah untuk mengawal kemasukan pelarian Vietnam atau dikenali sebagai ‘orang hanyut’ ke Semenanjung Malaysia. KD SRI JOHOR dan KD SRI PERLIS adalah antara kapal TLDM yang terlibat dalam Op CABUT. 


Atas faktor kemanusiaan, seramai 253,390 pelarian Vietnam yang ditahan telah ditempatkan sementara di Pulau Bidong, terletak 50 batu nautika ke utara Kuala Terengganu. Penempatan pelarian Vietnam di Pulau Bidong ditutup pada 30 November 1991.

© 2020. RMN SPC. All Rights Reserved.

Search