Image
KD SUNDANG

SPESIFIKASI

Nama Kapal

:

KD SUNDANG

No. Penant

:

112

Tarikh Tauliah

:

5 Mac 21

Panjang

:

68.0 Meter

Lebar

:

9.2 Meter

Sesaran

:

691.2 Tan

Kemampuan Operasi Kapal

:

15 Hari

Meriam Utama

:

CS/AN 3

Jumlah Krew

:

48 Orang

INFO LANJUT

SEJARAH AWAL

Kapal ini dibina di Wuchang Shipbuilding Indusrial Group (WSIG), Shuangliu, China dan dilancarkan pada 12 Jul 19. Nama SUNDANG telah dipilih bersempena daripada Kapal Ronda (Patrol Craft) Kelas KRIS yang telah dilucutkan tauliah pada 1 Ogos 2005.

 Upacara penamaan dan pelancaran dilaksanakan di WSIG, Shuangliu pada 12 Jul 19 yang disempurnakan oleh Puan Seri Rusnah A Rahman isteri kepada mantan Panglima Angkatan Tentera ketika itu, iaitu Jeneral Tan Sri Zulkifli bin Zainal Abidin.

Upacara penyerahan fizikal atau Physical Handing Over (PHO) kepada Kerajaan Malaysia telah disempurnakan oleh Jawatankuasa Penerimaan Akhir yang diketuai oleh Kepten Hadi Tan bin Abdullah TLDM di Wuchuan Shipbuilding Industry Co. Ltd. (WSIC) Wucang Port, Qidong, Shanghai, China pada 14 Jan 21.

Ditauliahkan pada 5 Mac 21 di Pangkalan TLDM Kota Kinabalu, Sabah. Upacara pentauliahan  disempurnakan oleh Laksamana Tan Sri Mohd Reza bin Mohd Sany, Panglima Tentera Laut. Kapal ini diletakkan dalam Skuadron Littoral Mission Ship (LMS).

© 2020. RMN SPC. All Rights Reserved.

Search