Image
KD BADIK

SPESIFIKASI

Nama Kapal

:

KD BADIK

No. Penant

:

113

Tarikh Tauliah

:

22 Okt 2021

Panjang

:

68.0 Meter

Lebar

:

9.2 Meter

Sesaran

:

691.2 Tan

Kemampuan Operasi Kapal

:

15 Hari

Meriam Utama

:

CS/AN 3

Jumlah Krew

:

45 Orang

INFO LANJUT

SEJARAH AWAL

Penggunaan nama BADIK ke atas kapal LMS ketiga diambil daripada nama Kapal Peronda milik TLDM yang terdahulu iaitu KD BADEK yang merupakan Kapal Peronda dalam Skuadron Kapal Peronda ke -14.

Kapal Peronda Pesisir Pantai ini dibina oleh China Shipbuilding and Offshore International Corperation Co Ltd (CSOC) Shuangliu Manufacture Base Wuhan, China.

Binaan LMS yang kompak, versatile dan dilengkapi persenjataan dan sistem yang bersesuaian memberikan tambahan kemampuan kesiagaan Armada dalam mendominasikan keunikan geografi kawasan perairan Malaysia.

Kini kapal ketiga yang telah berjaya dibina di China ini telah memasuki inventori TLDM dan diharapkan akan sentiasa mempamerkan prestasi yang cemerlang sesuai dengan cogan katanya iaitu “Devoted To Excellence”.

KD BADIK ditauliahkan pada 22 Okt 21 dan diletakkan didalam skuadron Littoral Mission Ship (LMS) ke 11.

© 2020. RMN SPC. All Rights Reserved.

Search