Image
SKUADRON 601

SPESIFIKASI

 

 

 

Nama Sistem Dron

:

ScanEagle

Durasi Penerbangan

:

12 Jam

Ketinggian Operasi

:

2000 - 5000 kaki

Kelajuan

:

Maksimum: 80 knot
Operasi : 50 -55 knot

Line of Sight (LOS)

:

54 batu nautika/180km2

Enjin

:

P09 (Next Generation
Hush Engine)

Sistem Pelancaran

:

MK 4 Launcher

Sistem Pemulihan

:

MK 1 Mode 2 Skyhook

Sistem Navigasi

:

GPS

INFO LANJUT

SEJARAH AWAL

Rancangan Perolehan UAS mula menjadi aspirasi TLDM sejak tahun 2013. Keupayaan ini juga adalah selari dengan hasrat Pelan Transformasi TLDM 15to5 dan mendukung pelan jangka panjang 4D MAF ATM. Keupayaan ini berperanan sebagai force multiplier kepada TLDM untuk merapatkan jurang maklumat melalui pelaksanaan Intelligence, Surveillance and Reconnaissance (ISR) secara berterusan. Perolehan aset ini memberi keupayaan kepada TLDM untuk melaksanakan pemantauan perairan negara dengan lebih berkesan.

Aspirasi TLDM ini berjaya direalisasikan melalui inisiatif Keselamatan Maritim United States Office of Defence Cooperation (US ODC) di bawah program Building Partner Capacity yang menawarkan pemberian UAS jenis ScanEagle kepada TLDM. Pemberian secara one-off ini telah diluluskan oleh Lembaga Jemaah Menteri pada 9 Nov 18. Senarai peralatan yang diterima adalah seperti berikut:

a. 12 x Pesawat ScanEagle Block E.
b. 11 x Ground Control Station (GCS).
c. 4 x Mk 4 Launcher.
d. 4 x Mk 1 Mod 2 Skyhook Recovery System.

Program UAS TLDM secara rasminya telah dilancarkan pada 21 Nov 18. Ini disusuli dengan penubuhan Tim Nukleus TLDM semasa majlis pelancaran tersebut. Sejajar dengan perkembangan program, TLDM telah menubuhkan skuadron UAS, SKUADRON 601. Penamaan ini adalah kesinambungan bagi skuadron helikopter iaitu SKUADRON 501 (Super Lynx) dan SKUADRON 502 (Fennec). Untuk tujuan ini, angka 6 telah dipilih sebagai angka permulaan bagi nombor skuadron pesawat UAS.

Wakil Field Installation Team (FIT) dan Field Service Representative (FSR) dari syarikat Boeing-Insitut telah hadir ke SKUADRON 601 pada 26 Jan 21 bagi pelaksanaan Initial Operation Check (IOC) UAS ScanEagle. Penerbangan sulung telah berjaya dilaksanakan pada 4 Feb 21 di Stesen Udara TLDM Kota Kinabalu Sabah dan penerimaan UAS ScanEagle telah dilaksanakan antara Panglima Armada Timur bersama dengan wakil FSR dan FIT pada 5 Feb 21.

Majlis Pengisytiharan Penubuhan SKUADRON 601 secara rasminya telah dilaksanakan pada 4 Mac 21 yang telah disempurnakan oleh Panglima Tentera Laut yang turut dihadiri oleh delegasi dari Amerika Syarikat dan wakil dari Kementerian Pertahanan. Kini, kru UAS sedang melaksanakan fasa latihan dengan dipantau sepenuhnya di bawah pengawasan FSR selama 12 bulan. Ini adalah bertujuan membantu kru operasi mencapai tahap kompetensi melalui operational training yang dilaksanakan.

© 2020. RMN SPC. All Rights Reserved.

Search