Image
KD RENCONG

SPESIFIKASI

Nama Kapal

:

KD RENCONG

No. Penant

:

114

Tarikh Tauliah

:

28 Jan 2022

Panjang

:

68.0 Meter

Lebar

:

9.2 Meter

Sesaran

:

691.2 Tan

Kemampuan Operasi Kapal

:

15 Hari

Meriam Utama

:

CS/AN 3

Jumlah Krew

:

45 Orang

INFO LANJUT

SEJARAH AWAL

Sejarah Pembinaan KD RENCONG bermula pada 18 Sep 19 apabila upacara First Steel Cutting disempurnakan oleh Kdr Abdul Hadi Tan bin Abdullah TLDM, Ketua Projek Littroral Mission Ship di China Shipbuilding and Offshore Corperation (CSOC), Shuangliu Manufacture Base Wuhan, China.

Kapal dibina mengikut jadual yang dirancang dan majlis keel laying telah dilaksanakan pada 7 Nov 19 di lokasi yang sama. Pembinaan kapal kemudiannya tergendala seketika selama 117 hari akibat dari penularan wabak Covid-19 diseluruh dunia. Akhirnya, kapal ini berjaya dilancarkan pada 16 Dis 20.

KD RENCONG adalah kapal yang mampu melaksanakan operasi untuk tempoh 15 hari tanpa ulang bekal. la berupaya untuk membawa bersama tiga mission container yang boleh dikhususkan dengan penugasan yang ditugaskan. Kapal sepanjang 68 meter ini dioperasikan oleh 7 pegawai dan 40 anak kapal mampu beroperasi pada jarak 2000 batu nautika dengan kelajuan maksimum 22 knot. Semoga dengan semangat Kepahlawan pada namanya, KD RENCONG sentiasa mempamerkan prestasi yang cemerlang sesuai dengan moto “Loyalty, Mutual, Sacrifice”.

KD RENCONG ditauliahkan pada 28 Jan 22 dan diletakkan didalam Skuadron Littoral Mission Ship (LMS) ke -11

© 2020. RMN SPC. All Rights Reserved.

Search