Image
SKUADRON 503

SPESIFIKASI



Nama Pesawat

:

AW 139

Jumlah Kru

:

4

Kelajuan Maksima

:

167 Knots

Kelajuan Standart

:

130 Knots

Durasi Penerbangan

:

4 Jam

Jarak Penerbangan

:

 550 batu nautika

Berat Maksimum

:

 7000 kg

INFO LANJUT

SEJARAH AWAL
Skuadron 503 merupakan nama rasmi bagi skuadron penerbangan TLDM digunakan untuk Pasukan Helikopter Maritim (HOM). Helikopter AW139 buatan Leonardo Helicopter, Itali telah dipilih bagi memperkukuhkan kekuatan maritim Armada Timur di dalam mempertahankan kedaulatan wilayah maritim negara dan bagi menghadapi ancaman jenayah rentas sempadan, penyeludupan serta kidnapping for ransom yang berlaku di perairan Sabah. Perolehan sebanyak 3 buah helikopter bersama 2 set peralatan misi telah dilaksanakan menerusi kontrak perolehan bagi tempoh 5 tahun yang dimeterai antara kerajaan dan syarikat tempatan Galaxy Aerospace (Malaysia) Sdn Bhd (GAM) pada tahun 2020.

Mesyuarat Majlis Angkatan Tentera (MAT) ke-600 yang bersidang pada 7 Jun 22 telah memperakukan penubuhan Skuadron 503 bagi membolehkan helikopter dapat diurus dan dioperasikan dengan sempurna.  Pada tanggal 1 Jul 22 bersamaan 1 Zulhijjah 1443 Hijrah Skuadron 503 telah dirasmikan oleh Menteri Kanan Pertahanan YB Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein.
© 2020. RMN SPC. All Rights Reserved.

Search