SPESIFIKASI
Nama Kapal |
: |
KD SRI SABAH |
No. Penant |
: |
46 |
Tarikh Tauliah |
: |
19 Jan 24 |
Panjang |
: |
31.4 Meter |
Lebar |
: |
6.0 Meter |
Kelajuan |
: |
22 Kts |
Sesaran |
: |
141.58 Tan |
Enjin |
: |
2 x MTU 16V 2000 M72 |
Janakuasa |
: |
CUMMINS 6BT5.9Kw |
Meriam |
: |
Bofors 40/70mm |
Jumlah Kru |
: |
24 (3 Pegawai, 21 Anggota) |
Kemampuan Operasi Kapal |
: |
6 Hari |
INFO LANJUT
KD SRI SABAH dahulunya dikenali sebagai KD SUNDANG telah ditauliahkan ke dalam perkhidmatan TLDM pada 1967 di bawah skuadron kapal ronda. Sepanjang perkhidmatan, antara operasi yang telah disertai adalah Operasi Terumbu dan kawalan sempadan perairan negara termasuk konfrontasi Malaysia-Indonesia. Asalnya terdapat 24 buah PC Kelas ini dibina untuk TLDM oleh limbungan Vosper Limited di Portsmouth, England mulai tahun 1963 hingga 1968. Sebanyak 14 buah kapal dari kelas yang sama diletakkan di bawah skuadron ini. Sehingga kini, yang masih aktif dalam perkhidmatan adalah sebanyak 4 buah kapal iaitu KD SRI PERLIS, KD SRI JOHOR, KD SRI SABAH dan KD SRI SARAWAK.
Kapal telah dilucut tauliah daripada perkhidmatan TLDM pada 27 Jun 2006 seterusnya diserahkan kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) semasa penubuhan awal agensi tersebut pada 2006 dan dikenali sebagai KM SEGANTANG. Setelah berkhidmat selama 15 tahun bersama APMM, KM SEGANTANG seterusnya diserahkan semula kepada TLDM pada 10 Jun 2020.
PEMBINAAN, PENAMAAN DAN PELANCARAN
KD SRI SABAH telah menjalani Program Pasang Pulih di MSET Shipbuilding Corporation Sdn Bhd, Kuala Terengganu mulai 15 Mei 21. Pemberian nafas baharu ini adalah bagi mengisi kekosongan Armada bagi memenuhi keperluan operasi dan latihan. Pada 23 Oktober 2023, kapal telah diserahkan sepenuhnya kepada pihak TLDM setelah selesai pembaikan yang disaksikan oleh YBhg Laksamana Pertama Ts. Shaiful Bahri bin Baharuddin, Panglima Logistik Barat.
Sesi Penamaan dan pelancaran kapal telah disempurnakan oleh Datin Zamzelina binti Ahmad, isteri Timbalan Panglima Tentera Laut pada 19 Jan 24 di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang Kuantan.
PENTAULIAHAN
Pada 19 Jan 24, KD SRI SABAH telah di tauliahkan oleh Yang Berbahagia Laksamana Tan Sri Abdul Rahman bin Ayob, Panglima Tentera Laut di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang Kuantan. Pentauliahan kapal juga telah dihadiri oleh Jawatankuasa Laksamana. Majlis pentauliahan kapal telah dilaksanakan secara Low Key dan majlis tersebut telah berjalan dengan lancar.